Powered by Blogger.
RSS

Perjalanan yang masih jauh


Ungkapan ini acapkali digunakan oleh ibubapa. Ianya sering diungkapkan apabila anak-anak mendapat duit pinjaman PTPTN yang banyak pada setiap semester. Ibubapa risau anak-anak akan menggunakan wang tersebut sewenang-wenangnya. Ini terbukti apabila anak-anak membeli barang yang tidak berfaedah dan tidak diperlukan seperti telefon bimbit baru. Mereka seharusnya sedar akan tabiat mereka yang rambang mata apabila ada duit di dalam poket. Apabila kehabisan wang, ibubapa yang menjadi mangsa. Anak-anak akan meminta wang dari ibubapa. Ibubapa tidak dapat menolak untuk memberi kerana ianya hak anak untuk mendapatkan nafkah. Tetapi anak-anak seharusnya sedar akan tanggungjawab mereka apabila usia mereka semakin meningkat. Cuba fahami ibubapa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 kata2 selepas baca:

Post a Comment